yah

Jauh

Assalamualaikum, hi readers/bakal zauj/fans/ibu-ibu bapak-bapak.

   Masih tak terlambat lagi kan untuk aku ucap SELAMAT BERPUASA walaupun Ramadhan berbaki hanya seminggu. Pastinya Ramadhan kalian begitu hebat bukan? :') Tidak bagi aku. Belakangan ini aku rasa diri aku jauh sangat, yang amat jauh tidak pernah aku rasakan. Hati aku seolah satu tin kosong yang dipukul ribut dan saat ia berputar ditanah, yang dengar cuma kebingitan dek kosongnya ia. Argh kenapa? Duhai, airmata mengapa kau tidak sia-siakan tetes itu bila disebaliknya terkandung rindu yang banyak pada Dia? Lalu hati, apa yang kau bicara hingga bertambah siksa raga. Diamlah sejenak, jangan kau jerit yang banyak. Aku mengerti untuk pulihkan  kamu bukan perkara semudah aku yang dulu, kerana dengan dosa-dosa dan keegoanku yang mega perlu waktu buat kau tenang, setenang-tenangnya! Janganlah mati, aku mohon hiduplah kamu dengan nikmat yang Tuhan kurnia dengan para pendosa yang berubah. Kerana dengan melihat mereka, kamu akan tahu betapa Tuhanmu itu Maha Pengampun lagi tidak berkira-kira. Aku bersyukur kerana sepanjang hidup, Dia tak pernah cabut satupun anugerah ditubuh. Namun begitu aku jarang gunakan pinjaman itu untuk imarahkan cinta, lempiaskan rindu kepadaNya. Berjuta kali tertanya, apakah Allah masih menyayangiku? Tidakkah Kamu merindui aku? Diam, tubuhku keras disitu. Kini aku menikmati waktu ini dengan sukar, kerana hatiku benar-benar jauh dari segala.

No comments:

Post a Comment