yah

Jerebu, bersangka baiklah.

Semalam aku tengok berita tv1 (tibi satu kot haha). Ada la indeks pencemaran udara di kebanyakan negeri dan yang paling kritikal Shah Alam if am not mistaken. Lepastu aku perhati je tv tu, tengok lawa gak newscaster dia. Rambut melengkoi macam prawn. Tapi kan....aku duk tunggu juga rakan-rakan media sosial berkongsi hikmah pasal jerebu ni. Ya kita tau banyak aktiviti dan rutin terpaksa dipostpone sebab udara fresh yang disebar dari negara jiran hingga menjejaskan Malaysia dan Singapura. Tapi, kawan-kawan, mari kita baca balik apa Allah pesan.

''Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.'' (Surah al-Baqarah, 216)

Mengikut brain aku yang power ni, sebenarnya banyak hikmah Allah sampaikan jerebu dekat kita. Taktaulah kalau dah sampai sakit-sakit tu tapi salahkan tuhan (?) Cuba kita tengok apa yang baiknya ujian ini tuk hamba-hamba Dia yang berakal, lagi boleh berfikir hikmahNya yang banyak.

- Bukankah kita akan banyak duduk rumah dan tidur? Tidur hobi aku kut selepas membaca. Ya kita akan habiskan banyak masa bersama keluarga dan bercerita pasal cikgu sekolah, pasal caption apa nak karang ni, pasal jejaka poyo dsb.

- Bukankah kita akan lebih bersyukur kerana nikmat nafas yang tiada tanda harga? Kalaulah nafas ini seperti barang IKEA, di setiapnya ada cop harga. Agak-agak berapa billion? Tujuh petala langit dan bumi sekalipun, mampukah kamu membelinya?

- Bukankah kadar maksiat dapat disifarkan?  Tangguh-tangguh la dulu sampai waktunya tiba. Haha (aku pun dating jugak dulu, rasa bodoh pulak sb mencurah tangis ke daun keladi)

- Bukankah kita akan menjaga pandangan selepas ini? Yelah kat kolej tu pantang abang lalu bertelagah bijik mata nak tengok brand apa spender dia. Jangan tengok k, sms ja direct.

- Bukankah kita akan masak sendiri instead of beli kari ketiak mamak? Mulalah spot cek barang-barang basah dalam peti ais yang selama ni tak tahu kewujudan nyer pun. Aku tak terror la sampai boleh campak ayam dari jarak jauh, aku cuma pandai gaul dengan teknik paling betul.

- Bukankah kita akan mula tertanya-tanya APAKAH SEMUA INI? Kenapa harus terjadi? Kenapa lama sangat jerebu ni hah? Kenapa yang kritikal sampai sekolah tutup? Ekonomi nak maju cmna? Dahla duit jatuh, harga minyak jatuh, apa lagi ni taktau?

Maka......

Beringatlah, jerebu itu boleh jadi sedikit dari haba neraka yang dinaikkan ke bumi. Baru sedikit... 

Akan datang episod-episod kiamat seterusnya..

Allahuakbar.