yah

I love pizza!

''KETOT!''

Dengar je suara keramat daripada seorang pembuat pizza lejen, Pak Ya, aku pasti akan terkedek-kedek menuju ke kitchen untuk mengangkat pizza dari oven ke dalam kotak ataupun duduk disitu menunggu pizza masak. Kalau tiada kerja di kitchen, aku akan bertenggek dengan abang2 rider dan berwatak suci untuk mendapat dinner percuma ataupun paling tidak, seikat teh ais!

Sebenarnya, aku seorang cashier yang awesome! 

Tamat je SPM, aku telah dipanggil oleh Abang Zul untuk bekerja di Dominal Company @ Dominos Pizza, Jitra. Abang Zul ni assistant manager masa tuh, aku ingat lagi rupa dia yang comel dan perutnya yang tercicir ke depan itu. Dia seorang manager yang baik, tak tinggal solat, tak kedekut sebabnya setiap kali tutup kedai mesti kami akan ada pesta pizza! Ha kau nak pizza mahal ke, pizza cheese sampai diabetis pun, dia no problem! Dialah yang banyak tolong aku handle pelanggan yang tak ubah bersikap desa. 

   Perkara utama bila aku sampai ke tempat kerja, aku akan campakkan beg dan botol air dekat loker simpanan dan berlari ke komputer untuk clock in ataupun punchcard gitew. Ha mulalah abang2 rider dan pizza maker akan sambut aku ''KETOT DAH DATANG!'' dan suasana menjadi riuh seketika. Ke aku yang perasan ni? Ya disitulah aku kenal ramai manusia, dari jenis sabar nak mampos sampai berlagak macam lulus sekali je JPJ dulu! Dan apa yang istimewanya Dominos ni, kau boleh dapatkan number telefon jejaka/sipulan itu dengan mudah! HAHAHA sebab first thing to do ialah ''Hai boleh saya dapatkan no telefon cik?''. Ramai je yang kacak sampai peluh banjir dalam anak serkup aku, tapi siapa nak pandang kita kalau setakat kuli syarikat? 

Aku kena greet pelanggan dengan ''CCI!'' which means customer comes in untuk peringat pizza makers dekat belakang tu yang ada pelanggan datang! Taklah nanti kantoi kau tu tengah bergosip pasal kedai sebelah yang masak ayam tak basuh, ataupun tengah maki hamun pelanggan yang kedekut tak bagi duit tip. Ada pizza maker yang pengotor, yang lembab sampai kena sergah baru ingat resipi, yang carut pelanggan sedia, semuanyalah! Ada juga yang baik macam akak-akak piza, depa buat pizza memang gerenti perfect! Dari ketebalan pizza, timbang cheese dan kuantiti bahan, hingga dikeluarkan dari oven, sempurna!


  Itu saja coretan pendek dari aku, si ketot suatu masa dulu. 



  

No comments:

Post a Comment