yah

before the war begin

Assalamualaikum, hai.

Boleh tak aku nak gelak sb baca entry lama dulu? Haha, gilalah. Jiwang nak mampos. Yer tak dapat disangsi lagi memang aku jiwang+berangan tanpa had orangnya dulu. Tapi entah kenapa perasaan tu hilang, you know the feeling of 'bunga-bunga'? Namun tangan ini masih lagi bernafsukan pena, kerana bagiku penulisan adalah salah satu senjata untuk melawan sistem dan membabikan sesiapa. Haha. Alang-alang aku ghairah menaip ni, aku ada sedikit perkongsian minat. Mana tau ada babun yang tengah baca pun memenjarakan hasrat yang sama!

Sebelum perang dunia ketiga, aku nak...

1) Habiskan diploma dengan setiap sem dean list (tolong Amin, aku melutut ni)

2) Apply Journalism/Science Social. Aku selalu pegang satu konsep ni, Allah Maha Pemurah. Kalau rezeki aku bukan antara dua nate tu, aku Ok. Mungkin jadi pendemo setia dan  tukang deklamasi sajak depan penjara Sg.Buloh. Lulz.

3) Aku suka buat koleksi buku, antaranya bibliografi tokoh, buku aliran kiri, puisi, nationality dan sejarah. Dua bahan bacaan yang tak diterima sistem badan aku: komik dan novel sengal. So nanti aku nak setiap ceruk rumah penuh dengan bahan ilmiah (poyonyer..) 

4) Bekerja selama sebulan, seminggu, sehari ka. Teka kerja apa? Hahahha cleaner paling cun di Malaysia. Aku berangan nak merasa bagaimana perasaan sebagai si tukang sapu di tengah-tengah pandangan masyarakat berstatus tinggi.

5)  Menjadi pengganas. Teringin nak buat kacau ditengah kota raya, lastik tahi hidung dekat FRU, baling molotov cocktail dekat menteri2 zalim, pegang sniper tembak semua kapitalis and at last yang tinggal cuma bangsat . Ya, bangsat yang tak putus asa rebut demokrasi.

6)  Jika kemewahan adalah cita setiap yang bergelar insan, aku lebih selesa turun ke jalan dan berpanas hujan dengan mereka yang tiada apa2 melainkan satu: semangat untuk hidup. Biarlah aku dipandang sampah jangan aku terus diperlembu oleh sistem. Haha pahamke.

7) Dapat brim dan bawak sekampung pergi haji -,-

8) Nak tahu siapa yang arahkan pembunuhan Altantuya.

9) Bekerja sebagai wartawan. Tapi mainstream media ni yang aku was-was sikit.

10) Ada syarikat buku sendiri. Dan kebebasan adalah milik semua penulis.

11) Jumpa A. Samad Said dan selfie.

12) Juga teringin merasai perbicaraan mahkamah dan hangat parlimen.

13) Sambung pengajian di London.

14) Bercuti di bandar Itali dan Turki. Bukan bandar Alor Star.

15)  Meninggal dunia dalam solat. 

Antara lima belas yang aku merapu ni, perasan tak ada sesuatu yang hilang? KAHWIN.






No comments:

Post a Comment