yah

Tuhanku

# Tuhanku,
Sekiranya aku tidak sempat menemui bahagian tulang rusukku,
Lindungi aku dari putus asa dan sunyi dunia.

Cuma aku minta hati seteguh Rabiah,
si penambang yang baginya memadai Engkau semata,
mengalir zikir dari lidah ketika manusia lena.

Tuhanku,
Sekiranya aku boleh meminta,memujuk rayu padaMu,
cabutlah nyawa bila mana hati ini seputih salju.

Cuma aku ingin mereka tersenyum,
lagukan aku sepucuk Al-Fatihah dengan merdu,
maafkan aku dan kejahilan yang lalu.


1 comment: