yah

Dijalan nikah,aku berserah.

Cuaca pagi itu tampak kelabu diruang langit tanpa cahaya.Aku menunggu Redha dimeja makan dengan beberapa keping roti yang berbaki kelmarin.Seandainya dia mengingati hari indah ini,tetapi airmukanya hanya bersahaja tatkala membuang pandangan kepadaku.''Roti lagi?Takpalah,I breakfast dekat office''.Redha mencapai kunci dalam laci lalu bergerak laju ke arah parkir kereta.''Abang,tunggu! Minumlah air teh sayang buat ni.Seteguk pun..jadilah'',sambil membawa cawan teh itu keriangan.Enjin kereta dihidupkan lalu Redha mencampak masuk beg dokumen ke belakang.Dia memasukkan gear lalu beredar dari halaman rumah dengan wajah bengisnya,begitulah hari-hari indah yang ku lalui selama bergelar isteri anak Tan Sri.

   Dipasar pagi,aku mengeluarkan wallet yang semakin kempis.Tidak kelihatan sebarang wang kertas yang tinggal cuma resit-resit lama.Aku menepuk dahi ditengah-tengah orang ramai,''Ya Allah,dah hujung bulan tapi duit masih tak dapat.Redha terlupa bagi ke?Mungkin dia ada masalah kewangan lately ni''.Hendak saja aku menelefon Redha lalu mengabarkan keadaaan ekonomi sekarang,tetapi kerana beratnya hati ini untuk bersikap meminta-minta,aku seringkali menyepi.Gaji Redha bukan tiga empat ribu,sebagai CEO syarikat aku pernah diberitahu berbelas ribu ke atas.Aku pulang dari pasar dan sekembalinya dirumah,aku memasak sekadar yang ada.''Beberapa tahun yang lalu,abang bawa saya ke Eropah sambut ulangtahun kita.Ke...kenapa hari ini..Ahh,mungkin abang ada masalah syarikat yang lebih penting kan'',pujuk hati ini dengan linangan airmata berpindah ke ikan yang hendak dimasak.

Aku terjaga dari lena tatkala azan asar singgah ke telinga.Cepat-cepat aku merudum langkah ke meja makan,tetapi ikan goreng masih ada.Tidak nampak gaya disentuh lansung.''Lambatnya abang balik.Nanti ikan ni sayang panaskan balik ye,kita boleh makan malam.Hehe'',aku membuang perasaan negatif yang mula mencakar hati.Sebagai isteri,aku tak boleh kalah dan tunduk pada bisikan syaitan! Takut-takut kasih aku pada Redha ditakdirkan sekerat jalan.Aku tak boleh hidup tanpa suami sebengis dia.....Pintu rumah digoncang bagaikan tidak berpenghuni.Suara Redha mematahkan semangat yang menjala-jala dihati tadi.Aku memusing tombol dengan wajah yang pucat.''Selamat petang abang! Macam mana kerja tadi?Okay?''.''You ni setiap kali I balik direct tanya soalan bodoh ni kenapa.Tepi sikit,I nak rest''.Aku mendekati Redha sambil menanggalkan kot hitamnya.Dia menghentikan langkah,aku fikir Redha ingin tersenyum namun..''After Isya' I ada meeting dengan client.You pun dah biasa tidur sorang,I think you lebih selesa macam tu right...''.Kali ini aku pula yang termati langkah dari mengekori Redha ke bilik.Kot hitam itu diciumku hingga sesak nafas,''Abang tak pernah tahu betapa rindu sayang dekat wangian ni..Pergilah bang,saya redha selagi ikatan suci ni tidak putus...',aku membisikkan perlahan dikot itu.Melihat redha menutup pintu bilik,aku bergegas turun ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

    ''FATIN,you masak ikan goreng je!Resipi ini je you tahu?Kolotnya!''.Herdik Redha dari bawah ketika aku selesai memberi salam pertama.Belum sempat aku mengangkat doa,suara Redha menyelinap ke bilikku.Aku dengan peluh yang bersimbahan mengadap wajah batunya penuh rela.Tergagap-gagap hendak memulakan sepatah.''Maa..maaf...sebenarnya bang''.''Actually duit aku kau habiskan untuk lelaki lain?Am I right?''.Segera aku terjelopok jatuh ke lantai mendengar ayat pedih itu,sungguh melibas-libas dada ini.''Abang dah tiga bulan saya tak diberi....''.Redha meninggalkan aku dan ikan goreng yang dicampak ke tepi itu bersahaja.Dia melempar kata buat detik terakhir,''Aku ada kuasa nak ceraikan kau.Bila-bila masa ja Fatin.Berapa banyak perempuan dekat luar yang gilakan aku?Dapat entertain aku?Kau tuh,kampung!''.Aku bertasbih memuji Ilahi,dihadapan Redha aku tersenyum mengiri pemergiannya.Hembusku pasrah,''Cinta saya tak dapat dikalahkan dengan ego dan caci maki abang,cinta saya dekat abang hanya bersaksikan Allah hingga akhirat. Abang cerai saya kerana bertambah usia,tak mengapa.Kerana harta yang saya tak punya,tak mengapa.Kerana paras tak indah,tak mengapa.Kerana murni hati ini,abang tak dapat robek dari mana-mana perempuan...''.

Beberapa hari selepas peristiwa itu,Redha lansung tidak pulang ke rumah.Aku mengambil keputusan untuk membuang sedih disebuah teratak yang jauhnya tak dapat dijajah oleh sesiapa.Aku ingin membaiki hati dan salurkan kedamaian padanya.Hati,selama kau bersama Redha..Aku tahu kau sering memanjat dawai-dawai tinggi demi menjadi isteri solehah.Tetapi cukup kali ini,kau perlu menelusuri takdir Ilahi.Sepucuk surat sampai dihalaman rumah lantas membolak-balikkan perasaan aku yang hendak berpijak pergi tadi.Aku berlari ke pintu pagar,surat daripada abang Redha!
''Usahlah kau mencintai lelaki seperti aku,yang demikian terus menerus buat kau tertangis dalam diam.Aku benar-benar ingin meninggalkanmu,kerana ketidakupayaan aku untuk menahan bakti cintamu Fatin.Tunggulah aku dipintu Jannah yang kau damba,maafkan aku.Aku telahpun menikahi insan kedua...yang kini telahpun hamil dan aku perlu menjaganya.....''

Aku tidak menangis.
Percayalah...

''Tenangnglah duhai jiwa,
Tebarlah tulus doa ku kepadaNya saat ku tiada.
Tuhan,jaga dia untukku.
Keranaku masih jauh bagai menghitung resah
berkepingan berderaian.
Selamanya ku ada,menyayangi mendampingimu Redha''




2 comments:

  1. weh,sambungan weh sambungan....toek arhhh laki tu

    ReplyDelete
  2. sambungan berbayar.
    terima kasih atas sedekah anda.
    hahahaha xD

    ReplyDelete