yah

ayuk kawan

Aku akan tetap mencintai kebaikan,
Biarpun diriku asing daripadanya,
Dan aku akan tetap membenci kejahatan,
Biarpun kerap kali aku bersama dengannya.

   Oh muslimah, engkau sebaik-baik perhiasan di dunia. Sedar tak sedar, kita dah makin jauh dengan tuhan hanya kerana mengikut telunjuk barat dari segi pemakaian, ucapan, pemakanan dan sebagainya. Aku ramai member beb.. yang aku nak tegur pun segan. Dan perasaan segan tulah yang paling bahaya sebab seolah-olah kita meninggalkan ummah! Aku selalu terpikir parents depa ni tak pernah ka cerita sirah nabi? Selain pada kafa dan subjek agama. Tak kenal nabi rugi... Apa perasaan nabi kalau tahu kita lebih kenal EXO daripada dia? Sedangkan quran dan kitab-kitab agama bersepah kat market untuk kita rebut dan kenal baginda. Pergi ja bookstore, apa sahaja pasal nabi yang kita tak boleh dapat? Jangan asyik beli novel cinta awak, rindu awak cangat-cangat saja. Takut-takut nanti Allah tanya, kamu kenai nabi ada sampai teliti macam kamu kenai artis dak?

  Aku sedih bila aku berkawan tapi kawan aku tak hormat aku (!) Kadang dah habis kelas lewat petang tu, boleh ajak aku makan dekat luar. Entah asar ke mana, entah perasaan salah itu dimana? Jangan ukhti, jangan sampai mati.. Kita kena ingat nikmat yang ada hari ini Allah boleh tarik esok lusa. Tapi jangan kerana dia Maha Penyayang, kita ambik mudah. Ajar diri kita untuk rasa macam buat jenayah bila tinggal solat, ajar diri kita hitung solat yang tertinggal, ajar diri kawan. Tidak, siapa lagi nak tolong kalau bukan diri sendiri? Aku sedih sangat, tengok gelagat kawan-kawan aku. Cerita kat aku pasal pakwe, tunjuk kat aku teks pakwe. Rindu tak pernah berkurang. Maaf aku bukan cemburu.. tapi aku sayang kawan2 aku, aku terlalu ingin berjiran dengan mereka disyurga. Meskipun aku sangat tidak layak untuk berada disana, apatah lagi nak curi-curi bau syurga, tapi aku juga ingin berusaha untuk sampai ke sana! Dan dengan berkawanlah, kita dapat berkongsi, bertukar kisah sahabat, tegur bila pakai ketat, ingatkan kita pasal solat. Takkan tunggu champion daie baru rasa ada kuasa untuk mencegah? Untuk bercerita perihal teks quran dan sunnah baginda. Kita tidak perlu menunggu pentas untuk berkata-kata, kita hanya perlukan waktu dan hati yang ikhlas.

   Ayuk, kita kenal nabi.. Muhammad S.A.W. Takutlah kita bila nak minta syafaat, nak keloi minta tolong kat akhirat sana.. tapi nabi tak layan. Dahla tak layan, wajah kita ni dia mau tengok ka tidak? Ingat gais, Musa pun pernah minta kat Allah nak jadi umat Muhammad. Kita ni reti-retilah bersyukur, tunjuk syukur tu dengan gunakan nikmat Allah bagi ke arah kebaikan. Ya kawan :)

  

No comments:

Post a Comment