yah

Cerita kedai kopi si budak nerd

Esok dan hari-hari seterusnya merupakan sebahagian ujian dalam hidup aku. Ah aku belum bersedia secara total. Sekejap lagi aku akan tamat semester tiga, satu semester yang agak pendek dan membuahkan pengalaman yang banyak. Alhamdulillah, tiada apa yang barai. Lagipun aku orangnya tenang sahaja. Haha. Hurmm apa yang best sepanjang penggal ketiga ni ya? Ok aku akan cerita… kepada angin, pohon, semut yang tengah berkawad tu. Kalian juga makluk Tuhan bukan.

Tugasan yang paling awal aku kena siapkan ialah interview strangers tentang ‘do you trust the news?’. Task ini menarik bagi mereka yang menjawat status pelajar maskum. Tapi ya Allah hari kejadian tu macam-macam penyakit datang. Penyakit malu, segan, English bersepai, gedik, semua ada. Huhuks. Maklumlah nak kena approach sorang-sorang dan berkelakuan cemerlang sebagai student. Antara alasan yang depa ni bagi kat aku adalah:

‘’maaf nak pergi beli barang..’’

‘’tanya pasal berita? Bahaya woo, nanti I kena tangkap kalau bagi statement. Cakap salah, tak cakap salah..’’

‘’sorry kitorang tak boleh diinterview sebab terikat dengan polisi syarikat’’

‘’aa? Don’t understand, we from China’’

''No Im not tamil, Im Bangla''

Sampai ke kedai beer aku dengan partner(Alia) masuk punya nak cari orang. Sebabnya lecturer aku nak pelbagai bangsa dalam video interview tu nanti. Jadi aku nampak seorang bangsa hindu ni tengah jadi cashier dalam kedai beer tu so dengan berbelah bahgi jiwa, raga, dan pori-pori aku pun masuk. Tapi alasan yang diberi juga sama, nak jaga nama syarikat Tesco. Tak cukup dengan satu kekecewaan, sampai berkicap aku jalan dari Tesco Cheng sampailah ke barisan kedai yang tidak diketahui untuk cari orang nak interview! Grrrrr! Kedai apa yang kami tak masuk? Beer? Sparepart keta? Kedai spek mata? Bahkan satu Mahkota Parade aku dengan Alia kejar manusia. Tak senang beb nak approach depa, melainkan kau pakai shield dan niqab mungkin mereka terus duduk bersila dan cerita.

Next task adalah buat scrapbook dengan pelbagai jenis news macam disaster, crime, court, speech, press conference dan accident. So masa ni memang laku kedai koperasi tu sebab hari2 student rembat newspaper nak cari artikel. Alhamdulillah banyak juga modal keluar untuk scrapbook  sebab satu folio tu aku liminate nak nampak semattt gitew.

Lebih menarik bila students diberi tugasan untuk interview public relation practitioner dari pelbagai latar belakang daripada kerajaan, NGO dan agensi. Lepas habis bergaduh satu kelas, group aku dapat pilihan untuk interview government. Jadi urusan ke sana semuanya diuruskan oleh Amira Fauzi, member aku dari part 1. Dialah yang communicate dengan Puan Ainnul, penolong pengarah unit ICU di Jabatan Perdana Menteri dan Alhamdulillah interview berjalan lancer banget. Tapi agak kelakar bila mula2 nak masuk tu kena scan muka, barang dan berhadapan dengan polis bantuan yang acah-acah fru kat situ. Kemudian kami berjalan ke lif untuk ke tingkat atas dan pada waktu tu pak2 menteri dan orang kaya memandang kami dengan maha kecilnya. Yelah kami cuma berbaju koprat, pegang tripod, tudung mak indon, mereka pula? Dokumen dan semua kepentingan negara ditangan.  Maaf kami terpaksa berasingan lif atas dasar hierarki.

Untuk penulisan berita, aku adala tulis sendiri court news, speech news semua tu. Tapi markah belum diedarkan. Entahlah nak dapat berapa. Serius syekh bukan senang nak tulis berita sebab elemen-elemen 5wIh yang senang macam tora pun rupanya boleh menjadi aids yang membawa maut…. Aku harus mantap lagi! Kemon fi!

Ok, kita move ke bahagian lakonan. Tautak aku berlakon muahahaha mujur tak masuk youtube ka, National Geographic ka sebabnya keras macam kubah putrajaya. Hui overnya. Aku berwatak baik la dalam tu walaupun pada hakikatnya tak pun, rajin pula kan aku nak nasihat member baca ayat kursi siang dan malam.. tapi ya itulah yang aku lakonkan dalam short movie tu.

Sebenarnya tadi aku study untuk paper English esok. Huu tak sedar diri nak periksa esok! Bai, Assalamualaikum geng!







No comments:

Post a Comment